SHAREKAN dan TAG kawan kawan terutamanya wanita. Berhati-hati.
" Adik, kaler minyak hitam you teruk la. Tukar la. Ini macam kereta boleh JEM oo.. ROSAK tepi jalan sapa mau tolong adik nanti? "
Boleh percaya ke ni? Baru bulan lepas kot tukar. Aku tenung dipstick minyak tu. Betul. Hitam minyaknya. Bau pun semacam. Busuk! Eiiii... geli mak!
Sebab risau aku pun angguk je la. Terbang lagi RM250. Habis la ingat baru nak beli tudung Bawal Swarovski! Dengan pantas mekanik tu keluarkan botol minyak baru dan oil filter.
---------------------------
Haaaa... ni abam nak bagitau. Adik baru je kena ketuk dengan bengkel tu. Hahaha. Jangan marah.
Hadam benda ni. WARNA MINYAK TAK MELAMBANGKAN KEADAAN MINYAK tu elok ke tak.
Salah satu kerja minyak pelincir adalah membersihkan kotoran dan karbon. Antara additif yang kami letak dalam minyak tu adalah detergen. Detergen ini akan mencairkan kerak karbon dalam enjin. Sebab tu warnanya akan bertukar jadi hitam.
Minyak yang hitam bermaksud minyak itu berfungsi dengan baik. Apa saja kotoran akan dibersihkan oleh oil filter.
Ini fungsi oil filter yang kita tukar sekali dengan minyak tu. Untuk memerangkap kotoran.
Dan kalau ada habuk besi, magnet dalam oil sump akan menangkap habuk itu.
Jadi warna sahaja tak menggambarkan keadaan sebenar. Kalau betul nak tahu minyak tu boleh pakai lagi, kena test kat lab.
Cara terbaik untuk tahu bila kena servis Minyak, RUJUK BUKU SERVIS kereta anda. Biasanya setiap 10,000 km. Ada kereta baru 20,000km baru servis. WOW!
Lain kali kalaulah ditawarkan macam ni, cakap je tak cukup duit. Gaji tak nampak lagi. Dan jangan lupa senyum.
Ops.. ni abam nak bagitau. Kalau minyak tu berbuih2 kaler coklat, itu tandanya enjin masuk air. Coolant leaking. Ini masalah BESAR!
Kalau setakat hitam je tu perkara biasa. Jangan risau.
Jangan lupa share ye. Bagi ramai lagi tahu dan tak terpedaya.
-Admin W.is
No comments:
Post a Comment