Wednesday, April 6, 2016

Cara Membaca Kod Minyak Enjin



Hari ni admin nak cerita pasal kod yang ada kat botol minyak tu. 5W40 la, 10W30 la. 20W50 la. Apa dia tu? Ini kita panggil multigred.

Nombor sebelum W tu dipanggil Winter Grade. Ia adalah kelikatan minyak ketika sejuk. Lebih kecil nombor tu, lebih cair minyak tu dan lebih bagus. 5W ke, 0W ke. 

Nombor selepas W pula adalah kelikatan minyak pada suhu operasi enjin iaitu 100°C. Semakin tinggi, semakin bagus. Ada sampai 30 je, 40 dan 50. Yang ini lagi besar lagi bagus.

Mana yang bagus untuk kereta saya?

Buka buku servis, tengok minyak yang disyorkan. Kebiasaannya 10W30 atau lebih bagus.

Kena berhati-hati ye. Ada kereta macam hybrid perlukan 5W20 atau 0W20. Kena rujuk.

Komen model kereta dan tahun anda kat bawah dan admin akan reply minyak yang sesuai dengan enjin.

3 comments:

  1. Ok ke kalau injin persona 2011 guna minyak kod SAE 10W-40 SL/CF.

    ReplyDelete
  2. Cara mengtahui minyak tu brpa km blh pkai mcm na..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak engine apa yg sesuai untuk honda odyssey absolute tahun 2005

      Delete