Wednesday, April 20, 2016

5 Mitos Minyak Enjin Yang Anda Tidak Tahu. Nombor 3 Mesti Anda Tak Sangka!

5 MITOS TENTANG MINYAK ENJIN YANG ANDA PERLU TAHU
NOMBOR 3 MESTI ANDA TAK SANGKA!

Pernah terfikir tak, apa yang orang kata mengenai enjin dan minyak kereta tu betul ke tak? Atau ia hanya di sampaikan dari mulut ke mulut?

Sebenarnya ada banyak MITOS mengenai minyak enjin yang kita tak tahu. Menurut American Petroleum Institute mitos ini mengakibatkan banyak kerugian pada pemilik kenderaan.

Apa dia? Mari kita lihat satu persatu

1.Minyak Enjin Perlu Ditukar Setiap 5000KM


Sebenarnya sela penukaran minyak enjin bergantung kepada jenis enjin dan komponen yang digunakan.Untuk enjin lama memang ia memerlukan sela 5000km.

Akan tetapi teknologi minyak dan enjin  sekarang dah makin maju. Kebanyakan kereta bawah 15 tahun mempunyai sela servis 10,000km. Malah ada kereta baru cuma memerlukan 20,000km. 

Untuk kepastian rujuk manual kenderaan anda. Kalau tak jumpa boleh search di internet. 


2. Minyak Dikategorikan Mengikut 5000KM, 7000KM dan 10,000KM



Mineral, semi, fully boleh digunakan 10,000km tanpa masalah. Malahan boleh extend sampai 20,000km kalau gunakan komponen berkualiti dan manual enjin membenarkan.

Akan tetapi kena pastikan minyak yang kita gunakan itu ORIGINAL dan bukan RECYCLED. Dan juga komponen kena berkualiti.

Kalau kita pakai air filter cap ayam, habuk halus boleh masuk dalam silinder dan membuatkan pembakaran bahan api tak sempurna.

Kualiti bahan api pun main peranan. Kalau kualiti rendah, banyak kotoran akan terhasil dan ini akan menyebabkan minyak enjin cepat digunakan.


3.Minyak Sintetik Akan Menyebabkan Seal Enjin Lama Bocor


Zaman 80an dulu mungkin betul, tetapi sekarang additif yang dicampurkan dalam minyak enjin berfungsi untuk menjaga gasket dan seal agar tahan lama. 

Kalau bocor, maksudnya seal dah memang rosak tetapi kotoran dah berkerak dah melekat pada seal. Minyak sintetik ni mempunyai kuasa pembersih kuat, jadi kerak tu jadi lembut dan hilang. Bila hilang itu yang bocor. 

Jadi? Tiba masanya untuk tukar seal dan gasket anda.


4. Sekali Anda Pakai Minyak Sintetik, Anda Tidak Boleh Bertukar





Sebenarnya tak ada masalah. Enjin tak akan rosak kalau bertukar minyak ni. Asalkan masih dalam servis range enjin anda.

Minyak semi sintetik pun sebenarnya adalah campuran antara fully syn dengan mineral je.



5. Prestasi Eniin Akan Bertambah Dengan Engine Oil Treatment


Sebenarnya additif tambahan atau treatment tak perlu. Ini kerana dalam minyak enjin yang berkualiti additif ni dah ada pun. Biasanya 30% dari jumlah minyak.

Kalau anda letak additif dan rasa peningkatan ketara, maksudnya minyak yang anda gunakan tidak berkualiti @ tiruan.

Satu risiko letak additif ni, sevice range minyak akan berubah. Dan kita tak tahu samada additif ni apa tindakbalas dengan additif sedia ada.

Daripada elok je sampai rosak kereta anda.

Dan warranty akan void ye kalau letak additif ni. Kalau nasib tak baik enjin jem berhuhu la sebab tak boleh claim warranty.

SHARE dan TAG kawan-kawan ye. 

NAK JIMAT BELANJA TUKAR MINYAK HITAM?

Wasap WAN 0164245751 Sekarang

Wednesday, April 6, 2016

Macam Mana Nak Beza Original Atau Recycle Oil?



Salam.
Admin dapat banyak sangat feedback, tanya pasal jenama minyak samada elok atau tidak. ORIGINAL atau RECYCLE.
Jadi admin share kat sini website American Petroleum Institute. Boleh search samada jenama yang kita gunakan tu berdaftar atau tidak dengan API.

Kalau ada, maksudnya minyak tersebut DILESENKAN untuk pakai label API SN, SM, SL dan sebagainya.
Kalau tak jumpa dalam tu, maksudnya company dan produk TIDAK BERLESEN. Mungkin la dia pakai spec lain. Manalah tahu kan?
Kalau jumpa syarikat je pun dah okey. Sebab kita boleh call syarikat. Kat situ dah boleh tanya samada minyak yang kita gunakan itu betul atau tidak sumbernya.
Nak tips banyak pasal minyak? 

Jimat Minyak Kereta Tips #33


Tips #33
Jimat Minyak?
Antara cara untuk menjimatkan minyak adalah dengan menggunakan minyak yang sesuai dengan enjin dan gaya pemanduan.
Jika anda selalu memandu jauh, gunakan Minyak Fully Sintetik. Minyak yang cair dan struktur molekul yang halus akan mengurangkan geseran dan membantu menjimatkan minyak.
Jika anda memandu di dalam jarak yang dekat, suhu minyak selalunya tidak akan mencapai 100c dan tidak mampu menghilangkan lembapan dan wap air.
Lembapan dalam minyak akan menyebabkan enjin berat.
Additif di dalam Minyak Semi Sintetik direka untuk mengatasi masalah ini. Enjin yang ringan akan mengurangkan penggunaan bahan api.
Jika anda menggunakan minyak tulen seperti FEOSO OIL, anda akan memastikan minyak ini berfungsi dengan betul.
Akan tetapi jika anda menggunakan minyak tiruan, anda berisiko untuk merosakkan enjin anda dan menambahkan penggunaan minyak.
Jadi pastikan yang original ya.


Eiiiii.. Geli!



SHAREKAN dan TAG kawan kawan terutamanya wanita. Berhati-hati.
" Adik, kaler minyak hitam you teruk la. Tukar la. Ini macam kereta boleh JEM oo.. ROSAK tepi jalan sapa mau tolong adik nanti? "
Boleh percaya ke ni? Baru bulan lepas kot tukar. Aku tenung dipstick minyak tu. Betul. Hitam minyaknya. Bau pun semacam. Busuk! Eiiii... geli mak!
Sebab risau aku pun angguk je la. Terbang lagi RM250. Habis la ingat baru nak beli tudung Bawal Swarovski! Dengan pantas mekanik tu keluarkan botol minyak baru dan oil filter.
---------------------------
Haaaa... ni abam nak bagitau. Adik baru je kena ketuk dengan bengkel tu. Hahaha. Jangan marah.


Hadam benda ni. WARNA MINYAK TAK MELAMBANGKAN KEADAAN MINYAK tu elok ke tak.
Salah satu kerja minyak pelincir adalah membersihkan kotoran dan karbon. Antara additif yang kami letak dalam minyak tu adalah detergen. Detergen ini akan mencairkan kerak karbon dalam enjin. Sebab tu warnanya akan bertukar jadi hitam.
Minyak yang hitam bermaksud minyak itu berfungsi dengan baik. Apa saja kotoran akan dibersihkan oleh oil filter.
Ini fungsi oil filter yang kita tukar sekali dengan minyak tu. Untuk memerangkap kotoran.
Dan kalau ada habuk besi, magnet dalam oil sump akan menangkap habuk itu.
Jadi warna sahaja tak menggambarkan keadaan sebenar. Kalau betul nak tahu minyak tu boleh pakai lagi, kena test kat lab.
Cara terbaik untuk tahu bila kena servis Minyak, RUJUK BUKU SERVIS kereta anda. Biasanya setiap 10,000 km. Ada kereta baru 20,000km baru servis. WOW!
Lain kali kalaulah ditawarkan macam ni, cakap je tak cukup duit. Gaji tak nampak lagi. Dan jangan lupa senyum.
Ops.. ni abam nak bagitau. Kalau minyak tu berbuih2 kaler coklat, itu tandanya enjin masuk air. Coolant leaking. Ini masalah BESAR!
Kalau setakat hitam je tu perkara biasa. Jangan risau.
Jangan lupa share ye. Bagi ramai lagi tahu dan tak terpedaya.
-Admin W.is

Cara Membaca Kod Minyak Enjin



Hari ni admin nak cerita pasal kod yang ada kat botol minyak tu. 5W40 la, 10W30 la. 20W50 la. Apa dia tu? Ini kita panggil multigred.

Nombor sebelum W tu dipanggil Winter Grade. Ia adalah kelikatan minyak ketika sejuk. Lebih kecil nombor tu, lebih cair minyak tu dan lebih bagus. 5W ke, 0W ke. 

Nombor selepas W pula adalah kelikatan minyak pada suhu operasi enjin iaitu 100°C. Semakin tinggi, semakin bagus. Ada sampai 30 je, 40 dan 50. Yang ini lagi besar lagi bagus.

Mana yang bagus untuk kereta saya?

Buka buku servis, tengok minyak yang disyorkan. Kebiasaannya 10W30 atau lebih bagus.

Kena berhati-hati ye. Ada kereta macam hybrid perlukan 5W20 atau 0W20. Kena rujuk.

Komen model kereta dan tahun anda kat bawah dan admin akan reply minyak yang sesuai dengan enjin.

Teh Susu dalam Enjin Kereta! Woah!

Mohon SHARE. (^.^)
Pagi ni abam nak cerita pasal TEH SUSU.
Eh, apa kena mengena pulak dengan minyak hitam?
Haaa.. jangan tak tau. Minyak hitam ni kalau bercampur dengan air, kaler dia akan jadi macam TEH SUSU. Lemak berkrim.
Memang enjin tak boleh pakai dah kalau macam ni. Minyak tu tak akan mengalir, enjin akan overheat.
Bawa pada mekanik dan dia akan diagnos dan suggest repair. Ada la leaking di mana mana.
Abam nak pesan pada adik-adik yang baru beli kereta. Rajin-rajinlah cek minyak enjin. Sebab kalau nampak berubah je warna minyak tu, gi mekanik cepat-cepat nah.
Kalau tunggu jadi krim.. memang banyak la kena bayar. Huhuhu.
Tag kawan-kawan ye.
Admin W.is

Tuesday, April 5, 2016

Betul ke Sticker Kat Cermin Tu?



Berhati-hati apabila ingin servis kereta. Kalau tak nak RUGI RM300 sebab servis kereta, baca dan hadamkan betul-betul. 

Perasan tak setiap kali kita servis kereta mekanik akan tampal stiker kecik pada cermin. Tujuannya adalah untuk remind kita bila kita perlu tukar minyak seterusnya. Jadi kita tak terlupa.

Akan tetapi betul ke apa yang mereka tulis?

Kebanyakan kereta sekarang sela servisnya 10,000km. Rujuk servis booklet. Kalau tak tau ke buku hilang ke PM admin.

Ada setengah bengkel akan letak 5000km pada sticker tu. Tak kisah la minyak apa pun kita pakai. Dia akan tetap tulis 5000km.

Kalau kita ni tahu serba sedikit pasal kereta, takpelah. Tetapi kalau yang bawak tu jenis tak tahu apa-apa pasal kereta, percaya bulat-bulat pada mekanik, maka selepas 5000km kita akan servis balik.

Biasanya yang kena ni adik perempuan kita,isteri, kakak, mak mentua dan orang-orang yang nampak macam tak tahu pasal kereta. Admin pun biasa kena.

Mentang-mentangla muka admin macam doktor (puii- hahaha) Padahal admin pakai minyak Fully Syn. Pun 5000km jugak dia letak. Admin suruh dia letak sticker baru.

Tersengih-sengih dia. Sorry, lupa maaaa you pakai minyak apa...

Sekali servis dekat RM200. Benda boleh tahan 10,000km tapi baru 5000km kita dah tukar. Rugi saja la duit kita. Bengkel jugak kaya.

So beringat, sharekan pada kawan-kawan. Kalau dia bersyukur mintak dia belanja makan KFC. Apa sangatlah kita dah save duit dia beratus-ratus tu kan.


Follow Kami di Facebook!

www.facebook.com/minyakenjin4u